I Love What U Did Here!!!

Monday, 18 February 2013

Sata Sejuk Beku Hampiri Lokasi Anda

Sata Dah Siap Masa Dan Siap Dimakan

Tengok je photo di atas .....sedapnya kan...inilah sata yg dibuat dari ikan,cili dan kelapa.Memang enak dan lazat sekali. Ramai tak tahu lagi makanan nie, tapi kalau yg ramai berjalan-jalan cari makan tu...atau yg rajin melepak kat restoran makan waktu malam tu terutama di lembah klang...pasti terjumpa perniaga-perniaga sata nie, dia org bukan meniaga sata je tetapi ada jugak otak-otak, yg lebih dikenali adalah otak-otak.
Otak-Otak Memang Dah Terkenal

Tetapi buat masa nie aku promosi produk sata nie, ini kerana perlanggan di tanjung malim begitu menggemari sata nie, hampir tiap kami gerai di Tanjung Malim buka hujung minggu, sata lah yg jadi rebutan. Sebab itulah aku membuat perniagaan online produk makanan ikan nie kat kawan-kawan semua, specially utk mereka yg nak buat kenduri, seminar, majlis kesyukuran, harijadi party, majlis perkahwinan atau setakat beriadah bersama keluarga di rumah atau di mana jua.

Kami juga merancang utk menjual produk ini keseluruhan kawasan di semanjung malaysia, buat masa ini produk ini kami sasarkan utk golongan perniaga terlebih dahulu, kami memang mencari mereka yg betul-betul ingin berniaga dan berkerjaya sendiri dgn kata lain sebagai rangkaian rakan niaga kami.

Sata Dah Siap Panggang Dan Boleh Beli
Buat masa ini kami sudah ada rangkaian perniaga di kawasan Tanjung Malim dan Ipoh, ini adalah berita gembira buat penggemar otak-otak dan sata di kawasan tersebut. Walaupun harga Otak-Otak dan Sata di kedua-dua kawasan tersebut agak mahal jika dibandingkan dgn harga di kawasan Lembah Klang, tetapi kalau dikira balik dari segi kos pengangkutan, harga tersebut amat berbaloi kepada perniaga dan pelanggan di sana. Tengok saje le kos minyak dan toll dari sana ke Kuala Lumpur atau Lembah Klang...amat tinggi, maka dgn itu kami berharap kawan-kawan semua memberi mereka support dgn menikmati otak-otak dan sata dari gerai-gerai perniaga tersebut.


No comments:

Post a Comment