I Love What U Did Here!!!

Monday 25 February 2013

Berniaga Otak-Otak Di Restoran Terkenal


Hah!!!...nielah perniagaan otak-otak & sata yang giat dijalankan terutama di kawasan Lembah Klang/K.Lumpur. Pergi kemana-mana restoran pasti terjumpa perniaga otak-otak & sata nie, masuk je kita dah terhidu bau sedap makanan yang kian menjadi kegemaran semua..mmm...1Malaysia dah gemar kot. Mana taknya kaum cina, india, melayu dan bangsa asing pun dah makan otakotak & sata nie dari gerai yang kami buat samada semasa aktiviti karnival atau di restoran.Memang dah ramai tahu makanan nie dilembah klang, apa lagi di kawasan selatan dan timur semananjun malaysia, yelah makanan nie bermula di negeri terengganu dan kelantan, pas tu merebak ke johor, pahang dan melaka dan sekarang dah mereka ke selangor dan kuala lumpur.



So...bagi mereka yang duduk dikawasan perak, usah risau...kami sudah bertapak lama di tanjung malim, dan sekitar awal tahun 2013 kami ada perniaga di Ipoh dan kemungkinan besar akan ada di Teluk Intan...so jangan lupa jalan-jalan cari makan di kawasan tersebut. Perniaga Teluk Intan mungkin akan menjual otak-otak & sata hanya di pasar malam, jadi mereka yg berminat utk berniaga di restoran yang sedia ada dan diketahui memang ramai pengunjung bolehlah berhubung dengan kami di 0192693974 utk mendapat stok.

Insyaallah, kami akan menjadikan Tanjung Malim sebagai lokasi utk perniaga dikawasan Perak utk mendapatkan bekalan stok kekal, jadi semua perniaga tak perlu risau utk mendapatkan bekalan berterusan utk masa akan datang.Contact kami utk bertanya lokasi 0192693974/0172488034.

Kami bukan sahaja mencari perniaga, kami juga membekalkan stok utk seminar atau kenduri /majlis kawin supaya majlis lebih boooommmm...hehehhe...meriah dgn makanan yg lazat. Boleh juga menempah utk dimasak dirumah sendiri sambil bersantai bersama keluarga.Berhubung dgn kami utk mendapat bekalan stok segera 0192693974.



Sunday 24 February 2013

Monday 18 February 2013

Sata Sejuk Beku Hampiri Lokasi Anda

Sata Dah Siap Masa Dan Siap Dimakan

Tengok je photo di atas .....sedapnya kan...inilah sata yg dibuat dari ikan,cili dan kelapa.Memang enak dan lazat sekali. Ramai tak tahu lagi makanan nie, tapi kalau yg ramai berjalan-jalan cari makan tu...atau yg rajin melepak kat restoran makan waktu malam tu terutama di lembah klang...pasti terjumpa perniaga-perniaga sata nie, dia org bukan meniaga sata je tetapi ada jugak otak-otak, yg lebih dikenali adalah otak-otak.
Otak-Otak Memang Dah Terkenal

Tetapi buat masa nie aku promosi produk sata nie, ini kerana perlanggan di tanjung malim begitu menggemari sata nie, hampir tiap kami gerai di Tanjung Malim buka hujung minggu, sata lah yg jadi rebutan. Sebab itulah aku membuat perniagaan online produk makanan ikan nie kat kawan-kawan semua, specially utk mereka yg nak buat kenduri, seminar, majlis kesyukuran, harijadi party, majlis perkahwinan atau setakat beriadah bersama keluarga di rumah atau di mana jua.

Kami juga merancang utk menjual produk ini keseluruhan kawasan di semanjung malaysia, buat masa ini produk ini kami sasarkan utk golongan perniaga terlebih dahulu, kami memang mencari mereka yg betul-betul ingin berniaga dan berkerjaya sendiri dgn kata lain sebagai rangkaian rakan niaga kami.

Sata Dah Siap Panggang Dan Boleh Beli
Buat masa ini kami sudah ada rangkaian perniaga di kawasan Tanjung Malim dan Ipoh, ini adalah berita gembira buat penggemar otak-otak dan sata di kawasan tersebut. Walaupun harga Otak-Otak dan Sata di kedua-dua kawasan tersebut agak mahal jika dibandingkan dgn harga di kawasan Lembah Klang, tetapi kalau dikira balik dari segi kos pengangkutan, harga tersebut amat berbaloi kepada perniaga dan pelanggan di sana. Tengok saje le kos minyak dan toll dari sana ke Kuala Lumpur atau Lembah Klang...amat tinggi, maka dgn itu kami berharap kawan-kawan semua memberi mereka support dgn menikmati otak-otak dan sata dari gerai-gerai perniaga tersebut.


Sata Memang Sedap Makan Satu Pasti Nak Lagi Satu

SATA YANG SIAP PANGGANG
OTAK-OTAK DAH MASAK BOLEH MAKAN

PASTIKAN SIMPAN OTAK-OTAK/SATA DLM FREZZER

OTAK-OTAK SEJUK TAHAN 4 JAM DILUAR PETISEJUK

STOK KAMI UTK RAKAN NIAGA

Wednesday 13 February 2013

Masih Mencari Perniaga Otak-Otak & Sata Dari Utara

....mencari penggemar dan perniaga otak-otak & sata dari utara..hubungi kami utk mendapatkan stok anda dicinie...

Thursday 7 February 2013

Cara-Cara Memproses Otak-Otak


OTAK-OTAK SIAP BUNGKUS.
Bahan Mentah:- (mengikut sukatan jabatan perikanan malaysia)

Isi Ikan  - 10kg atau 100%
Tepung Jagung atau Kanji  -  500kg atau 5%
Garam  -  15gm atau 1.5%
Santan Kelapa - 200gm - 500gm atau 20 - 50%

OTAK-OTAK SIAP PANGGANG 
Bahan Sambal Otak-Otak:-

Cili Boh/Serbuk Cili  -  130/25gm atau 13/2.5%
Bawang Merah  -  60gm atau 6%
Bawang Putih  -  30gm atau 3%
Jintan  -  5gm atau 0.5%
Ketumbar - 45gm atau 4.5%
Gula  -  45gm atau 4.5%
MSG - 5gm atau 0.5%
Serai - 20gm atau 2%
Lengkuas - 20gm atau 2%
Halia - 20gm atau 2%



 Menumis Sambal:-

Bahan sambal hendaklah dikisar halus.
Tumis dgn menggunakan minyak hingga garing atau pecah minyak.

Rasa otak-otak yang dihasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yg digunakan dan ada juga tidak menumis sambal tetapi terus digaul dgn ramuan isi ikan.

Mengaul Adunan:-

OTAK-OTAK SIAP UTK DIMAKAN
Sambal otak-otak yg telah siap ditumiskan tadi haruslah disejukkan terlebih dahulu.
Masukkan isi ikan, tepung jagung(kanji), santan, gula, garam dan MSG dgn menggunakan mesin pengadun atau mesin pemotong senyap (silent cutter).
Walaubagaimanapun boleh dilakukan dgn tangan tetapi mengambil masa yg panjang utk menghasilkan adunan yg betul-betul sebati.
Adunan yang baik adalah adunan yg tidak terlalu cair.

Membungkus:-

PROSES MEMANGGANG OTAK-OTAK
Setelah siap diadun, bungkuslah adunan tadi ke dalam daun kelapa atau nipah dan sematkan dgn lidi. Buat sehingga adunan tadi habis. Kemudian dipanggang diatas api yg sederhana  atau bara api hingga masak, jika ingin makan terus. Makanlah otak-otak ini diwaktu masih panas, kerana ianya lebih enak dan lazat.

Otak-otak yg telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dgn mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 darjah cel. hingga -30 darjah cel. Dan boleh tahan hingga sebulan.

Adunan otak-otak boleh juga dipanggang, disejukkan dan dibalutkan dgn kulit popia atau kulit "wan tan", kemudian dibungkus dlm mangkuk plastik kalis udara dan disejukbekukan. Gorenglah sebelum dimakan.

Pengenalan Makanan IKan Delicious Sata

Sebelum saya memperkenalkan produk ikan dipanggil sata, terlebih dahulu saya akan memperkenalkan anda produk isi ikan dipanggil otak-otak yg sedia  maklum kawan-kawan mungkin sudah kenal dan biasa atau kerap memakannya. Maklum ini saya perolehi dari Jabatan Perikanan Malaysia dan saya kongsikan disini bersama anda, sebab mungkin amat berguna utk semua.

Otak-Otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringgan di jamuan petang. Terdapat 2 jenis Otak-Otak di Malaysia, iaitu Otak-Otak Terengganu dan Otak-Otak Johor.

Lazimnya Otak-Otak ini dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dgn kulit popia dan dikenali sebagai springroll.

Kebiasaannya otak-otak dibuat dari isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yg sesuai utk dibuat otak-otak adalah ikan tilapia merah, patin dan keli.

Otak-otak dibungkus dgn daun kelapa atau daun nipah, perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa .Iannya enak dimakan ketika panas.

Resipi Sata - Delicious Sata


Resipi Sata Ikan

Bahannya:-
3 ekor ikan kembung/kerisi
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1.2 cm halia
Daun pisang utk membungkus.

Cara Membuatnya:-
Ambil isi ikan dan giling/blend bersama dgn kelapa hingga lumat dan sebati. Masukkan cili merah, bawang dan halia dan digiling lagi hingga bergaul kesemuanya. Selepas itu masukkan campuran tadi kedalam daun pisang dan bentukkan seperti kelongsong buat hingga habis. Siap utk dipanggang di atas api sederhana dan hiding panas-panas.

Resipi Otak-Otak



Resipi Otak-Otak

Bahan:-
1 kg ikan tengiri (ambil isinya)
2 biji kelapa parut
3 cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 batang serai dihiris
20 sen jintan manis
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
garam secukup rasa
beberapa helai daun kelapa.

Cara Membuatnya:-
Tumbuk isi ikan,kelapa parut, kunyit hidup,cili merah,serai dan jintan manis. Gaul ikan dgn garam,daun kunyit dan rempah yg ditumbuk tadi hingga rata.Ambil sesudu besar campuran tadi dan masukkan kedalam daun 2 helai daun kelapa dan sematkan hujung di kedua-dua belah. Pangganglah di atas api sederhana hingga masak. Hidanglah panas-panas

Tuesday 5 February 2013

Warung Otak-Otak & Sata

Inilah dia gerai otak-otak...pasti anda tertinggal mengintai SATA yg ada disini....tengok inilah penggemar otak-otak.....anda bagaimana!!!!


Anda boleh memilih utk berniaga cara gini atau anda boleh masak sendiri dirumah. Jika anda ingin berniaga dan ingin mendapat bahan mentah otak-otak atau sata..kami jugak bersedia membantu anda utk mendapat bekalan otak-otak & sata...apa yg perlu anda buat...ORDER AND PAY!!!...pasti bekalan sampai tepat ke lokasi anda...

Atau anda ingin membuat kenduri kawin...nak menu dari delicious sata nie....oraiitt je...CALL ..ORDER dan PAY for it.....menu anda pasti kami hantar ke lokasi kenduri kawin anda..pasti penghujung teruja dgn menu yg amat lazat dari anda...!!!

otak-otak


Atau anda nak masak sendiri utk ahli keluarga yg berkunjung ke rumah atau utk makan petang sambil beristirehat bersama anak-anak dan keluarga atau berjamu selera bersama kawan dan sahabat....inilah masanya SATA...or....OTAK-OTAK dari dapur anda sendiri.....!!! tgok...kan boleh....!!!


sata

Walaubagaimanapun keterujaan anda utk menikmati dan berniaga produk dari delicious sata ini...pastikan anda membuat tempahan awal sekurang2nya satu minggu dari tarikh bermula kenduri atau habisnya stok perniagaan anda. Dan.....pastikan anda buat bayaran terlebih dahulu....!!! ini kerana kami berniaga secara ONLINE...dan anda beli juga secara ONLINE....maka BAYARAN PERLU SECARA ONLINE...

Berminat hubungi kami 019 2693974 atau 0172488034..kami sedia membantu anda...