Sebelum saya memperkenalkan produk ikan dipanggil sata, terlebih dahulu saya akan memperkenalkan anda produk isi ikan dipanggil otak-otak yg sedia maklum kawan-kawan mungkin sudah kenal dan biasa atau kerap memakannya. Maklum ini saya perolehi dari Jabatan Perikanan Malaysia dan saya kongsikan disini bersama anda, sebab mungkin amat berguna utk semua.
Otak-Otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringgan di jamuan petang. Terdapat 2 jenis Otak-Otak di Malaysia, iaitu Otak-Otak Terengganu dan Otak-Otak Johor.
Lazimnya Otak-Otak ini dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dgn kulit popia dan dikenali sebagai springroll.
Kebiasaannya otak-otak dibuat dari isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yg sesuai utk dibuat otak-otak adalah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak dibungkus dgn daun kelapa atau daun nipah, perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa .Iannya enak dimakan ketika panas.
No comments:
Post a Comment