|
Sata Sejuk Beku |
Agak lama menyepi blog kami kerana agak kesibukkan dimusim bulan ramadhan yg penuh berkat ini. Kali ini kami ingin berkongsi Sata yang di masak sendiri dari rumah anda. Sata perlu dibeku utk tahan lebih lama, bila nak memasaknya perlulah dibiarkan seketika sekurang2nya dalam 1 1/2 jam supaya sata tersebut dalam keadaan yg biasa atau tidak keras kerana dibekukan dalam petisejuk. Ini adalah utk memudahkan anda memasak dalam jangkamasa yg singkat (sekurang2nya 30 ke 45 minit) ikut selera anda. Jika nak basah cukuplah dalam masa 30 minit sahaja, jika nak kering dalam 45minit. Elok terus dimakan panas2 kerana rasanya yg lazat dan enak.
|
Masak Atas Dapur |
Apa yang perlu anda cuma perlu kuali leper atau penggril sudah mencukupi utk memasak sata. Api jangan terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan sata tidak masak semue dan membuat rasa lazaknya hilang. Jangan biar pembungkus sata hangus kerana ianya bisa menyebabkan isi dalam bungkus jugak hangus dan menghilangkan rasa sedap sata tersebut.
Anda bersedia untuk menjamu apabila sata sudah siap masak dalam keadaan sata tersebut masih berasap...hehehehe..panassss.....memag sedap,.....nak tau cubalahhhh...
No comments:
Post a Comment