I Love What U Did Here!!!

Monday, 30 June 2014

Sata Goreng Meleleh

SATA Goreng

Teruja dgn sata di panggang saya terus mengubah satu resipi yg menarik dan amat sesuai dimakan dgn nasi..jadi menu pembuka selera....menu yang amat mudah dan sampel sahaja yg berasaskan sata yg siap panggang...mean jika anda membeli sata  dari pasar ramadhan atau pasar malam tu terlebih dan tak habis makan boleh lah disimpan dan dibuat sebagai lauk utk makan nasi pada bila2 masa.....sata yg sudah dipanggang memang tahan lama jika di simpan di petisejuk atau boleh tahan dalam perjalanan yg memakan masa 1 ke 2 hari perjalanan.....
So saya berminat untuk berkongsi resipi sata ini utk anda semua.....


Resipi Sata Goreng

2 cucuk sata ( 6paket)
Cili Padi - 10 biji (utk ditabur masa mengoreng)
Bawang Merah Besar - 1 biji (pilih yg besar)
Bawang Kuning - 1 biji (pilih sederhana)
Bawang putih - 2 ulas
Halia - 1 inchi
Gula Pasir - 1 sudu
Garam - Secukup Rasa
Sos Cili - 2 sudu
Kicap pekat - 1 sudu



Caranya: -

Potong sata kepada 4 bahagian kecil. Potong Bawang  dan Halia. Cili Api Diketuk Sahaja.
Tumis Minyak masukkan bawang dan halia dan kemudia masakkan terus sata tersebut, bila npak dah garing masukkan cili api tadi kacau lagi, terus masukkan sos dan kicap kacau hingga bercampur gaul dgn sata tadi, masukkan gula dan garam. bila masak angkat dan hidang panas2...sedaaaaaaaaaaaaapppp

2 comments:

  1. Memang nampak sedap terutama tengah lapar ni.. Apa2 pun Selamat Menyambut Ramadhan - iwhoz.com

    ReplyDelete
  2. Tetiba je rasa lapar plak...

    ReplyDelete