Kami masih mencari rakan yg berminat utk berniaga otak- otak di kawasan utara. Kami merancang produk sata dan otak-otak kerana kami berpendapat anda mampu menarik mereka di utara utk merasa isi ikan yg memang lazat dan sedap.
Dengan modal yg kecil dan keuntungan yg berbaloi, anda mampu mengurus perniagaan anda dgn baik.
Konsep kami adalah berniaga dalam restoran yg pengunjungnya ramai samada restoran mamak atau melayu.
Waktu perniagaan juga terpulang kepada situasi restoran yg kita sewa. Jika restoran tersebut buka malam, maka inilah peluang keje partime pd kawan2 yg mencari duit poket lebih.Jika restoran tersebut buka siang, pastikan anda buat sepenuh masa atau anda mmg sudah tempah pekerja partime dgn anda.
Kebijaksanaan anda mencari situasi restoran atau menjejak karnival adalah peluang terbaik kerana kemungkinan besar hanya anda yg buat produk ini. Kalau ada pun, usah getar rezeki dan kbijaksanaan kita dtg seiring.
Jangan tanya...siapa nak produk nie, kat utara tak pernah ada dan tak ada yg pernah makan. Ini jawapannya...produk ikan sata dan otak-otak nie sudah menular hingga ke kuala lumpur dan selangor dan sedikit merebak ke perak.Sedangkan produk ini bermula dari negeri2 pantai timur hingga ujud pulak ke negeri2 di selatan. Jadi ada kemungkinan juga akan berada di utara, negeri2 yg mmg menjadi fokus kami.
No comments:
Post a Comment